Wednesday, May 19, 2010

Pengajaran Tentang Kehidupan

Kita dilahirkan kedunia ini untuk melakukan sesuatu yg sinonim dengan nama 'kehidupan'.. bila sahaja kita keluar dari perut ibu kita, kita akan diberikan sehelai kertas atau sekeping kain putih untu dicorakkan atau ditulis.. bayangkan seorang pelukis atau seorang penulis yg mahu menerbitkan karyanya, beliau akan memerah otak dan perasaan 'sedarnya' bagi menghasilkan sebuah mahakarya yg agung.. sebuah karya yg akan dipersembahkan kepada 'tuannya'..

Proses untuk menyiapkan mahakarya itu juga boleh digambarkan sebagai 'kehidupan' ... jika kita berjaya, maka karya tersebut akan cantik, tidak comot atau amat berharga..

kehidupan seharianku penuh dengan idea dan jalan cerita yang amat tepat digambarkan sebagai 'onak & duri'.. seorang pelukis atau penulis, juga kekadang akan 'kehabisan' material untuk melukis atau menulis.. sebagai contohnya..

sedang asyik 'pelukis' sedang melakar karyanya, salah satu dakwat lukisan yg tengah digunakan kehabisan.. apakah yg 'pelukis' perlu lakukan? adakah perlu beliau berhenti melukis? perlukah membeli dakwat yg baru sedangkan, 'peruntukan kewangannya' tiada?... jadi apakah yg perlu dilakukan? jawapannya adalah gunakan sahaja dakwat yg ada asalkan ia memberikan makna lukisan yg kita kehendaki..

bila 'peruntukan kewangan' sudah sampai, bentuk atau tambahlah warna keatasnya supaya ia sempurna.. prosesnya selalu tidak akan berjalan lancar.. mesti ada halangan dan rintangan.. seperti juga kehidupan kita semua.. tidak kiralah kita sebagai seorang anak, seorg suami atau seorg bapa..

sesetgh orang tidak faham.. bila ada sedikit kecacatan pada 'lukisan' tersebut disebabkan kurang warna digunakan.. maka adalah org yg mencela, mengherdik.. itu lumrah.. kekadang 'pembantu' pelukis itu sendiri tidak faham.. 'pembantu' ini hanya tahu ia perlulah sempurna, gunakan segala 'peruntukan kewangan' yg ada.. 'berhutang' saja, asalkan ia nampak cantik.. 'pelukis' sendiri terpaksa berlapar, menghadkan segala keinginannya semata-mata ia menjadi sebagai karya yg agung..

susahkan perjalanan kehidupan kita nie.. ada sahaja onarnya..

sesungguhnya terlalu banyak masalah yg aku lalui.. biarlah kalau ada mata2 yg nakal mahu membaca.. blog nie pon xramai yg tahu.. terlalu banyak masalah.. xperlah, ini salah satu dugaan kan? dah la tiada siapa yg sudi mahu berkongsi masalah tersebut.. nasib baiklah ada Nur Atiya Safiya.. dialah pengubat hatiku.. bila balik, lihat gelak ketawanya, senyummannya, lagak gerinya cukup untuk menghilangkan kepenatan dan masalah yg bersarang..

aku mengidap sejenis penyakit yg xla mengurangkan jangka hayat hidup.. tetapi penyakit nie mengganggu masa tidurku.. Sleep Apnea namanya.. secara lahiriah, kita seperti tidur, tetapi hakikatnya tidak.. cuma mata yg tertutup tetapi hakikatnya aku tidak tidur.. itu kata doktorlah.. susah jugak.. jadi maksudnya aku xpernah tidurlah yek.. x jugak, sebenarnya.. contohnya.. kalau tidurku selama 10 jam sekalipun, yg sebenarnya 5 atau 6 jam sahaja.. tp xkanlah sampai 10 jam kan.. kalau mengikut doktor plak..

jangka masa tidur sebenar seorang dewasa adalah tidak tentu berdasarkan, cara hidupnya, ubat yg dimakan, umur dan biologi diri seseorg tersebut.. so kita ada jam biologi kita sendiri, dan jam biologi itulah yg menentukan segalanya..

letih 2 mmg ada, tapi apakan daya.. orang da cop diriku.. semua org letih, tapi janganlah menunjuk sangat.. kita ada kewajipan didalam hidup bila kita dikelilingi orang, tanggugjawab pada isteri, tanggugjawab pada suami, tanggungjawab pada anak, pada ibu dan bapa.. jadi jagalah tanggungjawab tersebut.. kekadang aku penat sangat.. kekadang aku serabut bila balik ke rumah.. kekadang aku benci dengan diri sendiri.. adakah aku pentingkan diri sendiri? perlukan orang lain melayan kerenahku.. perlu sentiasa mengembirakan aku? ntahlah...

sekarang masalah duit plak.. mcm mana yerk nak menambahkan pendapatan.. byk benda kena beli ni.. aku rasa, kurangkan perbelanjaan aku kot.. rasanya tahun nie untuk aku xpayahlah beli baju raya.. anak & bini beli la kot.. xper la aku xder baju raya.. banyak dah baju aku punya..

kena cari 2nd job nih, sampai skang xder lagi.. nak bayar keto, api, belanja rumah, susu anak.. pampers anak.. 2 baru bahagian anak... hurmmm.. ntah la labu..

ape pon itulah pelajaran tentang kehidupan

moga, ALLAH akan memakbulkan permintaan hambanya ... insya-Allah

No comments: