Friday, January 6, 2012

POLITIK ITU KOTOR

Sekarang nie aku tgk makin teruk politik di negara kita, aku nak cerita pasal politik pon x berapa reti sangat. Tapi satu jer yang aku pasti, 'Politic Is Dirty' kerana aku dari kecil sampai dah besar panjang nie setiap masa di dedahkan dengan politik.. Sebenarnya, ia bergantung pada persepsi seseorg.

sekarang nie byk blog mahupun dalam byk media di malaysia nie duk pakat tunjuk pasal pelajar yang duk mintak 'kebebasan' tuh.. aku pun x faham apa definisi kekebasan dorang nak, masa aku duk blaja dulu xder masalah pon dgn AUKU tuh.. rilek jek.. aku bebas untuk berakademik, bebas untuk belajar dan di 'ajar'.. dan aku duk tgk, kawan-kawan aku byk jugak duk bebas berpolitik, tp secara haramlah.. masa tuh dowang xdelah plak duk mempertikaikan pasal AUKU.. mungkin dowang bodoh lagi kut.. hahahahaha..

Xde pekdah sebenarnya main politik nih.. x kisahlah politik belah mana skali pon.. semua x perlu.. aku masih ingat lagi pesan arwah ayah dulu. "Belajar tinggi-tinggi, xyah pk pasal benda lain.. tumpu perhatian pada pelajaran.. xyah pk pasal politik.. abih blaja nak main politik ikut suka engkau lah.. nak masuk belah mana pon x kisah" itu pesan arwah..

sekarang, aku dah menjadi seorg yg berjaya.. berjaya sebenarnya bergantung kepada definisi diri sendiri, cont0hnya.. seseorg tuh akan rasa berjaya apabila dapat membeli sebuah kereta setelah bekerja selama 3 tahun.. kena ada arah tuju & aim pada tujuan tu.

jadi bila di fikir balik betul apa yg arwah cakap, sekarang aku bebas untuk memilih mana-mana parti yg aku fikirkan sesuai.

berbalik pada tajuk, kenapa aku cakap politik tuh kotor? tiada mana-mana politik di dalam dunia nie suci.. kalau ada cuba cakap kat mana negara atau tempat yg mengamalkan politik yg suci... jadi kalau politik nie kotor, ia tidak sesuai untuk pelajar meng'aspirasikan' politik sebagai satu kebebasan untuk mereka sertai.. pelajar nie mempunyai pemikiran yg singkat dan darah panas.. jadi mudah untuk tersilap langkah.

aku ada terbaca satu ucapan dari ketua sebuah persatuan yang berdemo hari tu.. xmau sebut namanya.. beliau memberi tahu bahawa mahasiswa merupakan pemangkin serta pelapis pemimpin akan datang, kalau di sekat penglibatan di dalam politik takut jadi pemimpin yang x berguna.. kalau x berpartisitasi tidak sosial atau x pandai bergaul.. hurmmm salah persepsi budak ni.. abis pemimpin sekarang ni x berguna ke? dorang xpenah menempuh alam mahasiawa ke?

satu jer soalan, betul ke boleh berjaya mendapatkan sekeping ijazah walau kuat berpolitik? bagilah contoh seorg dari kamu yang mendapat anugerah dekan walau kuat berpolitik.. nanti ada yg ckp, pointer yg tinggi x semestinya menjamin kerja... masalahnya kalau pelajaran alar kadar ade ker org yg nak tawar kamu kerja.. lainlah cita-cita kamu nie nak jd driver lori..

melalui pengalaman aku sendiri yg bergelar mahasiswa yg cuba untuk menjemput politik luar masuk ke dalam kampus adalah teruk.. baik korang duk layan politik dalam kampus dulu.. cuba kuasa politik dalam kampus dulu, tgk mcm mana.. bleh masuk x.. kalau x ble mmg hampeh lah.. kalau di bawa masuk politik luar ke dalam kampus.. kampus akan hancur... tiada lagi rasa takut pelajar pada pelajar lain.. tiada lagi rasa takut serta hormat pelajar pada pensyarah dan tiada lagi rasa takut atau rasa hormat pada pentadbir kampus.. semua akan jadi huru hara..